SUKMA XX: Bergu skuasy Sabah akhiri cabaran dengan pingat perak

SUKMA XX: Bergu skuasy Sabah akhiri cabaran dengan pingat perak

Kuala Lumpur: Pasangan Lai Wen Li dan Yee Xin Ying menang pingat perak acara bergu wanita hari ini untuk skuad skuasy Sabah menamatkan cabaran dengan satu pingat perak dan satu gangsa pada SUKMA XX.

Bergu Sabah itu tewas 10-11, 6-11 ditangan pasangan adik-beradik dari Kedah, Aifa dan Aira Azman pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, pagi tadi.

“Kami telah cuba yang terbaik tetapi ada ketika melakukan kesilapan ketika saat genting. Apapun ia adalah sebahagian adat permainan.

“Apapun kami tetap gembira dengan pencapaian ini. (Pingat perak) Ini adalah pencapaian terbaik skuad skuasy Sabah di SUKMA. Pencapaian terbaik pada SUKMA sebelum ini hanya gangsa,” kata Wen Li.

Satu pingat perak dan satu gangsa meletakkan Sabah di kedudukan kelima carta kutipan pingat sukan skuasy yang berakhir hari ini.

Kedah muncul juara skuasy dengan dua pingat emas dan tiga perak diikuti Sarawak (1e, 1p), Wilayah Persekutuan (1e, 1g) dan Kelantan (1e).

-Deasoka

Share

Written by:

1,268 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!