Sukan Rakyat Keluarga Malaysia meriahkan sambutan Hari Malaysia di Sipitang

Sukan Rakyat Keluarga Malaysia meriahkan sambutan Hari Malaysia di Sipitang

Sipitang: Pergerakan Pemuda UMNO Sipitang dan Persatuan Sedia Bantu Masyarakat Sipitang (SBM) akan menganjurkan Sukan Rakyat Keluarga Malaysia Parlimen Sipitang pada 16 hingga 18 September ini, di sini.

Ketua Pemuda UMNO Sipitang, Sani Miasin berkata, sukan rakyat itu akan dijayakan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Sipitang, persatuan dan kelab belia serta persatuan sukan dan sukarela.

Sani Miasin

Katanya, Sukan Rakyat itu diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Malaysia peringkat daerah dan Parlimen Sipitang pada tahun ini, selain untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim rakyat berbilang kaum.

“Ia juga memberi peluang dan kesempatan kepada peminat sukan dan peniaga kecil untuk aktif semula setelah lebih dua tahun tiada program dan aktiviti besar-besaran diadakan di peringkat daerah dan Parlimen Sipitang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sani yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin berkata, selain acara sukan rakyat (tradisinol), acara lain yang akan turut diadakan ialah pertandingan badminton, bola tampar, pertandingan memanah dan futsal wanita.

Katanya, acara-acara itu akan diadakan di venue berasingan di sekitar pekan Sipitang, manakala acara Sukan Rakyat (Tradisional) akan diadakan di kawasan terbuka Pekan Sipitang.

Menurutnya, bagi acara badminton yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang terbahagi kepada tiga ketagori iaitu Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Lelaki Veteran dan Beregu Wanita Terbuka.

Pertandingan bola tampar yang akan diadakan di Gelanggang Berbumbung Majlis Daerah Sipitang pula terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki terbuka dan wanita terbuka.

Pertandingan memanah akan diadakan di Esplanade Sipitang terbahagi kepada kategoti lelaki terbuka dan wanita terbuka, manakala pertandingan futsal wanita akan diadakan di Gelanggang Berbumbung Futsal Sipitang.

Sani berkata, Sukan Rakyat Keluarga Malaysia itu menawarkan hadiah menarik berupa wang tunai dan medal kepada pemenang.

Beliau berharap rakyat di kawasan Parlimen Sipitang termasuk golongan belia mengambil bahagian menyertai Sukan Rakyat dan acara-acara sukan lain yang dipertandingkan pada program itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|