Suami isteri diminta tampil

Suami isteri diminta tampil

Kinabatangan: Dua saksi bagi satu perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Sandakan, diminta tampil untuk memberi keterangan pada 11 hingga 14 April depan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya juga sudah mengerahkan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk mengesan kedua-dua saksi.

Katanya, saksi terbabit adalah Ana Farhana Musa, 34, serta suaminya bernama Ismail Santaro yang berusia 37 tahun.

“Mengikut rekod, alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini adalah di Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn Bhd.

“Kedua-dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berlangsung selama empat hari,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dzulbaharin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung saksi terbabit juga diminta menyalurkan maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Razali Basa di talian 089-561890 atau 019-6217357.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|