Status vaksinasi tidak lagi diambil kira

Kota Kinabalu: Kemasukan individu ke mana-mana premis tidak lagi mengambil kira status vaksinasi Covid-19.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media khasnya, jam 4 petang tadi.

Katanya, hanya individu yang positif Covid-19 tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai status lengkap vaksinasi.

Selain itu, katanya individu dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) termasuk yang baru tiba di Malaysia juga dilarang memasuki premis.

“Kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka,” katanya.

Mengenai etika bersalaman yang sebelum ini tidak dibenarkan bagi mengelak penularan Covid-19, Khairy berkata amalan itu dibenarkan semula tetapi perlu sentiasa mencuci dan membersihkan tangan, selain tidak menyentuh muka.

Jelasnya, semua ketetapan atau protokol baharu yang dinyatakannya mula berkuatkuasa pada Ahad ini, 1 Mei 2022.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|