SPRM Sabah lancar bilik gerakan PRU15

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sabah melancarkan lima bilik gerakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.

Bilik gerakan berkenaan dibuka bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM Sabah, bilik gerakan berkenaan akan beroperasi di setiap cawangan SPRM Sabah bermula 5 hingga 20 November depan.

Katanya, ia akan menerima sebarang maklumat dan juga aduan berkaitan kesalahan-kesalahan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen dan pilihanraya

“Semua bilik gerakan berkenaan akan beroperasi selama 24 jam melibatkan seramai 106 pegawai SPRM Sabah.

“Ia akan dibuka sepanjang tempoh PRU-15 dan orang awam boleh menghubungi bilik gerakan berkenaan menerusi talian disediakan,” katanya.

Sementara itu, antara talian bilik gerakan yang disediakan adalah seperti berikut:

-Pejabat SPRM Kota Kinabalu (088-488381, 088-488382, 011-36516775)
-Pejabat SPRM Cawangan Sandakan (089-668746, 089-668496)
-Pejabat SPRM Cawangan Tawau (089-772743, 089-7523005).
-Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu (089-868769)
-Pejabat SPRM Cawangan Keningau (087-336761, 087-336762).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|