SMK Majakir juara kejohanan Merentas Desa MSSD Papar

SMK Majakir juara kejohanan Merentas Desa MSSD Papar

Papar: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir muncul juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) peringkat daerah Papar.

Kejohanan yang berlangsung di SMK Majakir baru-baru ini turut disertai oleh 12 sekolah lain di daerah ini.

Jenerian Marcus (tengah) bersama atlet SMK Majakir yang menjuarai Kejohanan Merentas Desa MSSD Papar.

Ketua Jurulatih SMK Majakir, Jenerian Marcus berkata, sebagai tuan rumah kejohanan itu mendorong semua atlet sekolah untuk meraih kejuaraan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

“Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana sekolah ini ‘menyapu bersih’ semua kategori yang dipertandingkan.

“Kejayaan ini juga membolehkan SMK Majakir mencipta rekod sebagai sekolah pertama yang memenangi keempat-empat kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Antara kategori yang dimenangi adalah Perempuan A, Perempuan B, Lelaki A dan Lelaki B serta johan keseluruhan.

Kejohanan merentas desa sejauh enam kilometer pada kali ini melibatkan 24 atlet mewakili SMK Majakir.

Beliau berkata, sekolah itu akan terus berusaha untuk muncul sebagai gergasi sukan olah raga di daerah Papar.

Katanya lagi, mereka juga menyasarkan untuk menjadi johan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Papar pada tahun ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|