Simposium antarabangsa platform pembangunan bandar raya pesisir air – Hajiji

Simposium antarabangsa platform pembangunan bandar raya pesisir air – Hajiji

Kota Kinabalu: Jadikan simposium antarabangsa berkaitan pembangunan dan pengurusan bandar raya pesisiran air sebagai platform perbincangan secara lebih mendalam bagi membangunkan bandar raya pesisir air di negara ini.

Malah, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hasil daripada simposium ini diharapkan dapat memperkasakan perancangan dan strategi pengurusan yang baik, lebih berdaya tahan dan lebih bersedia untuk perancangan masa hadapan.

Abidin merasmikan International Symposium on Developing and Managing Water’s Edge City 2022 di Marriott Hotel.

Oleh itu, katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memerlukan perancangan pembangunan dan pengurusan bandar raya persisiran air yang komprehensif dan berdaya tahan.

“Beberapa aspek menyeluruh seperti memperkasakan populasi, memperkemaskan infrastruktur, mengoptimumkan sumber sedia ada termasuk elemen budaya dan sejarah, perlu diberi perhatian sewajarnya dalam somposium ini.

“Kita perlu pembangunan yang mampan tetapi pada masa sama dapat memenuhi keperluan masyarakat seperti yang disyaratkan dalam Sustainable Development Goals (SDGs).

“Oleh itu, amat penting dalam simposium ini kita dapat menemui garis panduan dan kriteria sesuai untuk pembangunan di bandar raya pesisiran pantai atau air tanpa menghilangkan nilai sejarah dan warisan serta tidak menjejaskan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena International Symposium on Developing and Managing Water’s Edge City 2022 di Marriott Hotel, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, simposium antarabangsa ini juga merupakan platform yang efektif untuk bertukar-tukar idea dan pandangan, membina jalinan hubungan dan berkongsi ilmu dan pengalaman.

“Kita hadir mewakili bandaraya masing-masing, bukan sahaja di Malaysia malah kita datang dari budaya yang berbeza. Namun, kita juga menghadapi cabaran yang hampir sama di setiap bandaraya kita.

“Ini termasuklah cabaran perubahan iklim, cabaran ekonomi, cabaran sosial dan cabaran pembangunan yang kita hadapi sebagai pihak berkuasa tempatan, perancang, pemaju dan warga bandaraya itu sendiri,” katanya.

Dalam majlis yang sama, Tiang Multi Fungsi (Smart Pole) yang pertama di Kota Kinabalu, turut dilancarkan termasuk mengumumkan bangunan Ibu Pejabat DBKK sebagai Bangunan Kerajaan ‘Liputan Dalam Bangunan’ 5G Pertama di Malaysia Timur.

Tiang Multi Fungsi 5G merupakan infrastruktur yang mengintegrasikan pelbagai fungsi termasuklah Pencahayaan Pintar, Pemantauan, Pengurusan Trafik, Pengesanan Alam Sekitar, Penghantaran Mesej, Kecemasan, Amaran Bencana dan Telekomunikasi 5G.

Ini membentuk sebahagian daripada perancangan dan pembangunan bandar pintar seperti yang dihasratkan oleh kerajaan iaitu ke arah bandar digital dan 5G sebagai pengupaya kepada teknologi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|