ShopeeFood dilancarkan di Sabah

ShopeeFood dilancarkan di Sabah

Kota Kinabalu: Platform e-dagang Shopee baru-baru ini telah melancarkan ShopeeFood di Sabah sebagai salah sebuah lagi syarikat yang memberikan perkhidmatan menghantar makanan dari kedai terus ke hadapan pintu rumah pelanggan.

Sabah adalah negeri keempat ShopeeFood dilancarkan dan ia meliputi kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Sepanggar, Petagas, Manggatal, Petagas, Inanam, Likas, Foh Sang, Damai, Bukit Padang, Lido dan Luyang.

Cheok Tuan Ee ketika merasmikan ShopeeFood pada hari ini

Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood Malaysia, Cheok Tuan Ee berkata, ShopeeFood menawarkan hidangan tempatan yang dikendalikan daripada pelbagai restoran tempatan seperti Flips, Little Sulap, Nasi Lemak Bamboo, Restoran Jamal Salim dan lain-lain restoran kepada pelanggan.

Malah katanya, pelanggan juga boleh memesan makanan dengan diskaun serta promosi daripada pengendali makanan segera atau jenama popular seperti Starbucks , McDonald’s, KFC, Tealive, Boost Juice dan pelbagai lagi untuk dinikmati pelanggan.

ShopeeFood dilancarkan di Kota Kinabalu sebagai salah sebuah platform menghantar makanan dari kedai hingga ke pintu rumah pelanggan

“Kami berbesar hati kerana ShopeeFood kini boleh didapati di Kota Kinabalu. Servis penghantaran ShopeeFood menawarkan nilai, kepelbagaian dan kemudahan untuk pengguna sambil membantu mendigitalkan perniagaan tempatan.

“Sabah merupakan pasaran yang popular dan dengan mengembangkan perkhidmatan ini menunjukkan komitmen kami untuk membawa lebih banyak manfaat kepada pengguna di negeri ini,” katanya ketika melancarkan ShopeeFood di sini, kelmarin.

Katanya lagi, selain ShopeeFood, pengguna juga boleh menikmati transaksi tanpa tunai yang mudah melalui ShopeePay apabila membuat pesanan menggunakan sistem bersepadu di aplikasi mudah alih Shopee.

“Kami menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan dan pemilik restoran untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem kami.

“Dengan menyertai ShopeeFood, peniaga akan mempunyai akses kepada pangkalan data pelanggan kami yang luas yang akan membantu meningkatkan jualan dan keterlihatan kedai mereka,” katanya.

Terdahulu, sempena pelancaran itu pengguna di Kota Kinabalu boleh menikmati rebat istimewa hingga 28 Julai 2022 Baucar Penghantaran Percuma Sepanjang Hari dan Tawaran Super Deals Harian hingga 50 peratus.

Selain promosi eksklusif untuk warga Kota Kinabalu, pengguna ShopeeFood juga berpeluang memenangi percutian eksklusif ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Pulau Mantanani dan baucar ShopeeFood bernilai hingga RM10,000 apabila mereka menyertai Peraduan Pesan dan Menang yang berlangsung dari 14 hingga 31 Julai ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|