Setengah juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini

Setengah juta murid, pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini

Kota Kinabalu: Seramai 320,912 murid sekolah rendah dan 215,483 pelajar sekolah menengah kerajaan di Sabah memulakan sesi persekolahan hari ini bagi penggal ketiga 2021/2022.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, sebanyak tiga sekolah menangguhkan operasi mereka kerana masih dilanda banjir atau banjir baru saja surut dan sedang dalam pembersihan.

“Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Penontomon, Pensiangan membabitkan seramai 69 murid; SK Pantai Boring, Beluran, 85 orang dan prasekolah SK Lago, Beaufort 15 murid.

“Murid-murid akan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai hari ini sehingga sekolah selamat dan bersih untuk persekolahan bersemuka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mistirine berkata sekolah swasta di bawah Kementerian Pendidikam Malaysia (KPM) juga turut beroperasi hari ini.

“Sekolah swasta di Sabah yang berdaftar dengan KPM membabitkan 18 sekolah rendah dan 1,075 murid serta 20 sekolah menengah dengan 6,074 pelajar,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|