Sesendal skru tersekat di jari manis

Sesendal skru tersekat di jari manis

Kota Marudu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menanggung ‘azab kesakitan’ selama beberapa jam apabila jari manisnya tersekat pada sesendal skru, malam tadi.

Dalam kejadian 9 malam tadi, mangsa yang dihantar ke Hospital Kota Marudu oleh keluarganya untuk rawatan bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pasukan bomba memotong sesendal skru pada jari mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.01 malam.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerahkan bergegas ke Hospital Kota Marudu.

“Sebaik tiba, pasukan operasi terus menjalankan pemeriksaan dan mendapati jari manis tangan kanan mangsa sudah mula membengkak dan mengalami luka kecil.

Bomba menggunakan ‘mini grinder’ bagi memotong sesendal skru yang tersekat di jari mangsa.

“Pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi memotong bagi menanggal sesendal skru berkenaan dengan menggunakan peralatan ‘Mini Grinder’,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, kes diserahkan kepada pihak perubatan hospital untuk memberikan rawatan lanjut kepada mangsa.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.48 malam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|