Penguatkuasaan A juara kejohanan futsal Kastam

Penguatkuasaan A juara kejohanan futsal Kastam

Kota Kinabalu: Pasukan Penguatkuasaan A muncul juara kejohanan Futsal Piala piala Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah yang berlangsung, di sini, baru-baru ini.

Penguatkuasaan A dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Kastam Labuan 2-1 dalam aksi final sengit di gelanggang futsal Yayasan Sabah, di sini.

Julaiman turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan Futsal yang berlangsung pada penghujung Januari lalu.

Sementara itu, Bahagian Perkastaman muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan pasukan Cukai Dalam Negeri (CDN) 2-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Terdahulu, kejohanan berkenaan dianjurkan Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sabah bersempena dengan sambutan Hari Kastam Sedunia peringkat negeri negeri ini.

Kejohanan itu disertai 13 pasukan yang terdiri daripada anggota Kastam Zon Sabah termasuk Wilayah persekutuan Labuan dan juga ejen-ejen Kastam.

Selain kejohanan futsal, turut diadakan ialah pertandingan badminton Piala Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah yang berlangsung pada penghujung Januari lalu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|