SESB catu bekalan elektrik

SESB catu bekalan elektrik

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melakukan catuan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Ir Idris Mohd Noor berkata, catuan itu bagi memastikan kestabilan Sistem Grid Sabah berikutan kerosakan luar jangka di sebuah Stesen Janakuasa Bebas (IPP).

Katanya, kejadian kerosakan luar jangka satu set janakuasa berkeupayaan 95MW di IPP terbabit menyebabkan kapasiti penjanaan tenaga sedia ada tidak dapat menampung permintaan.

“Kejadian ini mengakibatkan kapasiti penjanaan sedia ada iaitu sebanyak 911MW tidak dapat menampung permintaan bekalan elektrik yang semakin meningkat terutama pada waktu beban puncak.

“Walau bagaimanapun, bekalan elektrik dapat dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 12.28 tengah hari pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Idris berkata, pengguna yang berdepan gangguan bekalan elektrik dinasihatkan supaya menghubungi Careline SESB di15454 dan 088-515 000 ataupun WhatsApp kepada 019- 852 5427 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|