Lagi cubaan seludup keluar minyak masak bersubsidi

Lagi cubaan seludup keluar minyak masak bersubsidi

Semporna: Satu lagi cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi digagalkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di kawasan laut Pulau Kulapuan, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, sebanyak 357 paket minyak masak bersubsidi bernilai RM1,570 berjaya dirampas.

Anggota PPM menunjukkan minyak masak subsidi yang cuba diseludup ke negara jiran.

Difahamkan, ketika kejadian bot ronda PPM Semporna yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan mengesan pergerakan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan.

Ketika anggota PPM cuba menahan untuk pemeriksaan, juragan bot itu bertindak memecut laju ke kawasan cetek di Pulau Kulapuan sebelum terjun dan menghilangkan diri.

Rampasan minyak masak bersubsidi dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk siasatan lanjut.

Tindakan mencari suspek dilakukan namun tidak menemui kerana keadaan gelap.

Seterusnya anggota membuat pemeriksaan terhadap bot laju yang ditinggalkan dan menemui 21 bungkusan dipercayai minyak masak pelbagai jenama dengan setiap bungkusan mengandungi 17 bungkusan minyak masak bersubsidi.

Bot berkenaan ditahan dan minyak masak dirampas kerana dipercayai hendak diseludup ke negara jiran.

Nilai keseluruhan rampasan termasuk enjin, bot bernilai RM13,000.

Semua rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|