Sempat keluar sebelum rentung

Sempat keluar sebelum rentung

Semporna: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Bugaya, Kampung Indani Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri keluar dari kenderaan sebelum api terus memusnahkan Perodua Kancil berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah hari.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi, kemalangan didapati terbabas sendiri dan melanggar sebuah bangunan sebelum terbakar.

“Mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri dan operasi memadamkan kenderaan yang terbakar terus dijalankan pasukan operasi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.28 petang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|