Covid-19 Sabah: Kes jangkitan sporadik masih tinggi

Covid-19 Sabah: Kes jangkitan sporadik masih tinggi

Kota Kinabalu: Meskipun berlaku sedikit penurunan jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini, kadar jangkitan sporadik masih lagi tinggi dan menjadi punca utama kes baharu yang dilaporkan di negeri ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata daripada 4,770 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 63.56 peratus daripadanya adalah jangkitan sporadik.

“Jumlah kes harian di Sabah mencatat sedikit penyusutan sebanyak 237 kes berbanding jumlah semalam menjadikan jumlah kes baharu 4,770 kes hari ini.

“Namun, penurunan marginal sejak tiga hari lalu tidak dilihat sebagai satu trend yang akan berterusan kerana jumlah jangkitan kes sporadik yang kekal tinggi iaitu hari ini saja sebanyak 63.56 peratus.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, daerah yang mencatat jumlah kes harian yang tinggi juga mencatatkan peratusan tinggi kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Masidi berkata, peratusan kes jangkitan sporadik di Kota Kinabalu yang mencatat 1,198 kes baharu hari ini ialah 68.78 peratus, diikuti Penampang sebanyak 596 kes (68.28 peratus), Papar dengan 433 kes (72.5 peratus) dan Tuaran sebanyam 412 kes (48.78 peratus).

Selain itu, katanya daerah Tawau yang merekodkan 372 kes mencatat kadar jangkitan sporadik sehingga 78.76 peratus, diikuti Putatan dengan 298 kes (78.52 peratus) dan Kota Belud sebanyak 192 (54.68 peratus).

“Peratusan kes jangkitan sporadik yang tinggi membantu dan memudahkan penularan virus dalam komuniti dengan lebih cepat kepada lebih ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya 99.69 peratus atau 4,755 daripada 4,770 kes yang dilaporkan hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, manakala lapan kes dalam Kategori 3, enam kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Beliau berkata, antara pesakit baharu ialah 234 kanak-kanak bawah umur lima tahun, termasuk 62 orang bayi bawah setahun yang belum layak divaksin dan 322 kanak-kanak berumur antara lima hingga tahun yang sudah layak divaksin tetapi belum memperolehinya.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 21 Februari 2022
Sabah 4,770 (5,007)

Kota Kinabalu 1,198 (1,265)
Penampang 596 (719)
Papar 433 (398)
Tuaran 412 (466)
Tawau 372 (355)
Putatan 298 (167)
Kota Belud 192 (214)
Keningau 143 (161)
Beaufort 127 (185)
Kota Marudu 121 (129)
Sandakan 118 (250)
Tambunan 105 (19)
Lahad Datu 103 (113)
Ranau 76 (121)
Sipitang 71 (50)
Tenom 68 (60)
Kuala Penyu 56 (52)
Tongod 45 (19)
Telupid 41 (31)
Beluran 36 (61)
Kunak 36 (26)
Nabawan 32 (21)
Kudat 28 (26)
Pitas 22 (42)
Semporna 15 (18)
Kinabatangan 14 (17)
Kalabakan 12 (12)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 20 Februari 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|