Saya sedia galas tanggungjawab – Ewon

Saya sedia galas tanggungjawab – Ewon

Penampang: Datuk Ewon Benedick berkata beliau bersedia untuk menggalas tanggunjawab sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang baharu.

Naib Presiden UPKO itu berkata, sejak menyertai parti itu pada 2005, beliau telah menyaksikan peralihan kepimpinan yang berlaku sebelum ini.

Justeru, katanya, beliau tahu dan sedar cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi pada masa akan datang.

“Cabaran sebesar mana sekalipun, kita pernah melaluinya sebelum ini dan saya percaya pengalaman itu akan mendewasakan kita, mendewasakan UPKO kepada peralihan baharu.

“Begitu juga kepada politik yang sangat kompleks dan dinamik bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga negara.

“Saya sanggup dan bersedia untuk menggalas cabaran yang diberikan oleh pimpinan kepada saya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UPKO, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemilihannya sebagai Presiden UPKO yang baharu.

Sementara itu, Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau yang bakal mengambil alih jawatan Presiden Kehormat UPKO berkata, peralihan kepimpinan itu akan memberi sinar bahru kepada parti itu.

“Kita mengharapkan agar peralihan kepimpinan ini membawa kesan ‘menyegarkan’ dan disambut baik oleh rakyat, selain meningkatkan lagi peluang kita dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|