Bung Moktar, Idris bincang isu keselamatan, prasarana

Bung Moktar, Idris bincang isu keselamatan, prasarana

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pagi tadi melakukan kunjungan hormat terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah di ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kepayan.

Turut menyambut ketibaan Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya negeri ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan pegawai-pegawai kanan polis Sabah.

Bung Moktar bersama Idris dan Jauteh pada pertemuan di IPK Kepayan.

Dalam pertemuan itu pelbagai perkara dibincangkan termasuk isu keselamatan di Sabah selain beberapa cadangan, antaranya menaik taraf insfratuktur asas seperti bangunan balai polis dan kediaman anggota di seluruh negeri ini.

Selain itu, turut disentuh ialah penglibatan komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi kerajaan yang lain dalam menjaga aspek keselamatan dalam komuniti masing-masing.

Sementara itu, Bung Moktar menyambut baik beberapa cadangan dan akan membawa ke pengetahuan kerajaan terutama aspek menyediakan prasarana balai polis termasuk kediaman anggota yang lebih kondusif.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|