Kes gangguan seksual Ebit Lew: Dua lagi saksi dipanggil esok

Kes gangguan seksual Ebit Lew: Dua lagi saksi dipanggil esok

Tenom: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, dijangka akan memanggil dua lagi saksi baharu esok.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memberitahu mahkamah, dua saksi berkenaan dipanggil esok kerana keterangan mereka mengambil masa yang panjang.

“Saya memohon agar saksi seterusnya dipanggil esok hari,” katanya kepada Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Sehubungan itu, perbicaraan hari ini ditangguhkan pada jam 4.30 petang tadi dan disambung semula pada jam 9.30 pagi esok.

Dalam prosiding pemeriksaan semula petang tadi, pihak pendakwaan Zahida Zakaria, meminta saksi Mohd Fairuz Abu, 37, menjelaskan maksudnya mengenai dia bersetuju bersama Firdaus Wong membuat aturan wanita itu ke Bukit Aman.

“Saya dan Firdaus Wong meminta peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims) untuk mendapatkan maklumat wanita berkenaan dan suaminya agar dibelikan tiket kapal terbang, itu yang saya maksudkan,” katanya Mohd Firdaus.

Perbicaraan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia manakala Ebit pula diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berdepan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|