Saringan kesihatan dan pameran HUMS sempena Program ‘Kita Demi Negara’ di Stadium Likas

Saringan kesihatan dan pameran HUMS sempena Program ‘Kita Demi Negara’ di Stadium Likas

Kota Kinabalu: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) menjemput orang ramai untuk berkunjung ke reruai HUMS yang akan berada di perkarangan Stadium Likas Kota, sempena Program ‘Kita Demi Negara’ Zon Sabah, pada esok dan Ahad.

Dalam satu kenyataan, HUMS memaklumkan antara aktiviti yang terdapat di reruai itu ialah Saringan Kesihatan Asas, Pameran Klinik Berhenti Merokok, Pameran Program Hibiscus dan Temu Janji serta saringan HPV di Klinik bergerak HUMS untuk golongan B40 yang layak.

Program ‘Kita Demi Negara’ adalah kempen anjuran Kementerian Dalam Negeri bagi mengukuhkan kerjasama Keluarga Malaysia dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.

Antara aktiviti lain yang akan diadakan pada program itu ialah sesi townhall bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pertunjukan keselamatan, program jualan murah Keluarga Malaysia, persembahan nyanyian, wayang pacak can cabutan tiket bertuah.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhdimatan mobile daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan diskaun saman sebanyak 50 peratus daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|