POAS sokong cadangan lantik Pairin jadi TYT

POAS sokong cadangan lantik Pairin jadi TYT

Kota Kinabalu: Pertubuhan Orang Asal Sabah (POAS) menyokong cadangan untuk melantik Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Presidennya, Alix Sunggin berkata, Pairin merupakan orang asal Sabah dan telah berkhidmat dalam pelbagai kapasti, termasuk sebagai Ketua Menteri.

“Pairin memang layak untuk menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) seterusnya, setelah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti penting termasuk menjadi Ketua Menteri untuk Sabah selama hampir 10 tahun.

“Beliau juga merupakan orang Sabah pertama daripada komuniti Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) yang menamatkan pengajian sebagai peguam dan seterusnya menerajui Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA).

“KDCA merupakan persatuan berasaskan budaya asli terbesar di Sabah, mungkin juga di Malaysia, sejak awal tahun 80-an,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Alix, mengambil kira syarat Perlembagaan Negeri Sabah untuk seorang individu memegang jawatan sebagai TYT, Pairin menepati semua kriteria-kriteria itu dan layak dilantik sebagai TYT seterusnya.

Untuk rekod, Pairin berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-7 dari April 1985 sehingga Mac 1994, dan sebagai Ahli Parlimen Keningau dari Ogos 1986 sehingga Mei 2018.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|