SAR kanak-kanak dibaham buaya ditangguh

SAR kanak-kanak dibaham buaya ditangguh

Lahad Datu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dibaham buaya berhampiran Pangkalan Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, semalam ditangguh petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi SAR hari kedua dimulakan pada 7 pagi menggunakan kaedah pencarian di permukaan atas air menggunakan bot penyelamat dengan radius pencarian 1.5 kilometer di lokasi kejadian.

Pasukan bomba menjalankan SAR di kawasan kanak-kanak terbabit dipercayai dibaham buaya.

“Mangsa yang dipercayai dibaham buaya masih belum ditemui.

“Operasi SAR ditangguh pada jam 6 petang tadi dan akan disambung semula esok,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu hilang dilarikan reptilia berkenaan selepas diserang buaya di lokasi kejadian.

Sementara, bapanya parah dengan kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat digigit buaya ketika cuba menyelamatkan anaknya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|