Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan

Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan

Kota Kinabalu: Polis memohon orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung lima kejadian kemalangan yang dilaporkan berlaku di daerah ini tampil membantu siasatan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Jo Ak Hang berkata, semua kelima-lima kes berkenaan dilaporkan berlaku antara bulan Oktober hingga Disember tahun lalu.

Katanya, kes pertama dilaporkan berlaku pada 20 Oktober lalu, kira-kira jam 2 petang di Jalan Kampung Likas, di sini, membabitkan pemandu kenderaan dan pejalan kaki.

“Kes kedua dilaporkan berlaku pada 6 November kira-kira jam 1.30 petang membabitkan sebuah Hondan Jazz yang dilanggar dari belakang sebelum terus melarikan diri.

“Kes ketiga dilaporkan berlaku pada 13 November kira-kira jam 7.45 pagi di Jalan Tuaran, berhampiran lampu isyarat Telipok, di sini, apabila kereta Proton Saga dilanggar oleh sebuah motosikal di bahagian depan sebelum terus lari meningggalkan lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jo berkata, laporan seterusnya membabitkan kejadian kemalangan di tempat letak kereta Inanam Point apabila sebuah kereta Toyota Hilux dilanggar oleh sebuah kereta yang tidak ketahui.

Manakala katanya, kes terakhir dilaporkan pada 16 Disember lalu sebuah kereta turut dirempuh ketika diletakkan di kawasan parkir sebelum ditinggalkan oleh pelakunya.

Sehubungan itu, Jo berkata, saksi awam yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil bantu siasatan trafik.

Katanya, sebarang maklimat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, IPD Kota Kinabalu, Sarjan Mejar Morni Rajuli ditalian 088-529228.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|