Rumah Mesra SMJ dilancarkan di Kuala Penyu 28 September

Rumah Mesra SMJ dilancarkan di Kuala Penyu 28 September

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan melancarkan program Rumah Mesra SMJ di Rumah Kebudayaan Kuala Penyu pada 28 September ini.

Tarikh pelancaran itu diawalkan sehari daripada tarikh asal pada 29 September yang kebetulan hari ulang tahun kedua kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) disebabkan perkara tidak dapat dielakkan.

Pada majlis itu nanti, Hajiji akan melawat dua tapak di Kuala Penyu dan Menumbok di mana dua unit Rumah Mesra SMJ sudah disiapkan.

Hajiji kemudian akan ke Rumah Kebudayaan Kuala Penyu bagi penyerahan kunci rumah kepada penerima.

Kerajaan GRS-BN akan membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di seluruh negeri.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|