Kunjungan hormat AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen

Kunjungan hormat AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Ke-14 di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Jawatankuasa itu diketuai Ahli Parlimen Sungai Petani, Kedah, Datuk Johari Abdul.

AJK lain yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

Selain kunjungan hormat itu, AJK Pilihan Khas juga akan mendengar taklimat mengenai keselamatan oleh agensi-agensi penguatkuasa di Sabah, termasuk soal pembangunan dan sosial ekonomi melibatkan kawasan sempadan negara.

AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia juga melawat Sarawak bagi tujuan yang sama.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|