Rumah kongsi pekerja musnah terbakar

Rumah kongsi pekerja musnah terbakar

Kinabatangan: Sebuah blok rumah pekerja ladang yang mempunyai empat pintu, musnah dalam kebakaran di Estat Kertam Sukau, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.22 pagi.

Keadaan rumah kongsi pekerja yang musnah terbakar.

Katanya, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan satu blok mempunyai empat pintu rumah kongsi pekerja jenis tidak kekal musnah sepenuhnya.

Pasukan bomba memadam api dalam kebakaran rumah kongsi pekerja di Kinabatangan.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal jam 12.30 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 1.50 tengah hari ini.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|