Rosmah didapati bersalah

Rosmah didapati bersalah

Kuala Lumpur: Datin Seri Rosmah Mansor disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak pada 2016.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya pada akhir prosiding perbicaraan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Mohamed Zaini berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan memutuskan Rosmah bersalah dalam semua pertuduhan.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

-Deasoka

Share

Written by:

1,209 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!