ROS lulus pendaftaran Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah

ROS lulus pendaftaran Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah

Kota Kinabalu: Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah pertubuhan yang sah mengikut Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.

Pengerusinya, Helen Morris berkata, persatuan itu berjaya didaftarkan pada 4 Mac lalu dan menerima sijil pendaftaran pada 18 Mac daripada Penolong Pengarah Pendaftran Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Sabah, Dewi Maing.

Persatuan Srikandi Pertiwi Negeri Sabah menerima sijil pendaftaran RoS pada 18 Mac 2022.

Katanya, misi dan visi persatuan itu adalah untuk mencari, menjejaki dan membantu isteri veteran tentera, ibu tunggal, anak yatim dan Orang Kurang Upaya (OKU) Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Sabah.

“Dengan terdaftarnya persatuan ini, kita berharap dapat menggerakkan aktiviti dan program dengan segera kerana banyak yang perlu kita lakukan untuk membantu keluarga PVATTBM di Sabah.

“Persatuan ini amat bertuah kerana walaupun baru saja didaftarkan, isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag bersetuju menerima pelantikan sebagai Penaung 1 persatuan ketika Ahli Jawatankuasa mengadakan kunjungan hormat kepada beliau Ahad lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak persatuan mengucapkan terima kasih kepada Juliah atas sokongan dan kesudian menerima pelantikan daripada pihak persatuan.

Sementara itu, Penaung 2 persatuan itu ialah Yang Dipertua PVATTBM Cawangan Sabah, Datuk Zaman Bayang, manakala Timbalan Pengerusi Persatuan, Rini Lidius @Haslinda Abdullah@Lucy dan Setiausaha oleh Siti Darwina Awang serta Penolong Setiausaha Rohanizah Karim.

Selain itu, jawatan bendahari disandang oleh Sivinis @Rosalind Sumin dan tiga orang ahli jawatankuasa terdiri daripada Salmiah Abdul Wahab, Ramia@Samiah Emui dan Sokilim Lunsin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|