RM60 juta bina dewan kuliah, masjid FPL UMS Sandakan

RM60 juta bina dewan kuliah, masjid FPL UMS Sandakan

Sandakan: Sebanyak RM60 juta diperuntukkan bagi pembinaan Dewan Kuliah Pusat dan masjid Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan, di sini.

Menurut kenyataan FPL, pembinaan masjid akan dimulakan tahun ini dengan kos sebanyak RM5 juta.

Simbolik gimik perasmian tapak Masjid FPL UMS.

“Sementara itu, kos anggaran bagi cadangan pembinaan Dewan Kuliah Pusat ialah sebanyak RM55 juta.

“Dewan itu dijangka mampu memuatkan 1,000 pelajar dalam satu-satu masa,” kata kenyataan itu hari ini.

Noraini (tengah) menyampaikan 3,000 kotak bantuan makanan kepada mangsa banjir di Pantai Timur Sabah.

Kenyataan itu dikeluarkan sempena lawatan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad ke FPL UMS Sandakan dan seterusnya menyempurnakan gimik pecah tanah masjid serta tinjauan tapak cadangan dewan terbabit.

Sementara itu, Noraini dalam lawatannya turut menyampaikan sebanyak 3,000 kotak bantuan makanan kepada mangsa banjir di Pantai Timur Sabah menerusi program UMS-Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin.

Penyampaian kotak makanan turut disaksikan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Timbalannya, Dr Mohd Zabri Yusoff; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar.

Hadir sama, Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Dekan FPL UMS, Prof Madya Dr Azwan Awang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|