Remaja lelaki dikhuatiri lemas

Remaja lelaki dikhuatiri lemas

Kuala Penyu: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai sebuah pusat perangainan di Kampung Kenunok, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, mangsa Edward Owan, 17, dikatakan bersama enam lagi rakannya sedang mandi di pantai berkenaan.

Pasukan bomba menjalankan operasi SAR di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lemas itu jam 12.30 tengah hari.

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu dikerah ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa giat dilakukan di lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, dimaklumkan seorang lelaki dilaporkan hilang di laut ketika menjalankan aktiviti mandi laut di pesisir pantai di kawasan berkenaan.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang pantai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR mangsa turut dijalankan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

“Mangsa sehingga kini masih belum ditemui dan operasi SAR ditangguh kira-kira jam 6 petang tadi.

“Maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|