Real Beauty perkenal produk baharu penjagaan kesihatan ArbyFitz dan ArbyJello

Real Beauty perkenal produk baharu penjagaan kesihatan ArbyFitz dan ArbyJello

Kota Kinabalu: Menyedari kepentingan penjagaan kesihatan melalui pemakanan sihat, syarikat berasaskan kecantikan, Real Beauty Sdn Bhd kini tampil dengan dua produk baharu berasaskan penjagaan kesihatan.

Dikenali sebagai ArbyFitz dan ArbyJello, dua produk sulung berkaitan penjagaan kesihatan keluaran syarikat Bumiputera Sabah itu disasar untuk melengkapkan keperluan masyarakat hari ini dalam menjaga kesihatan diri daripada ancaman penyakit.

Wetrom bersama Rejanah ketika pelancaran produk baharu Real Beauty, ArbyFitz dan ArbyJello di Kota Kinabalu.

Ketika memperkenalkan produk itu pada majlis pelancarannya malam tadi, Ketua Pegawai Eksekutif Real Beauty, Rejanah Bahanda, berkata kesedaran masyarakat berhubung aspek penjagaan kesihatan mendorong syarikat itu melakukan kajian untuk menghasilkan produk berkaitan.

ArbyFitz, katanya adalah produk makanan tambahan yang dirumus khas untuk membantu penggunanya mengawal berat badan dalam usaha menangani masalah berat badan berlebihan atau obesiti yang menjadi masalah ramai rakyat Malaysia ketika ini.

Wetrom (kiri) berucap pada majlis pelancaran produk baharu Real Beauty, ArbyFitz dan ArbyJello di Kota Kinabalu.

Produk berkenaan mengandungi serat makanan larut air Fibersol®️-2 yang diekstrak daripada serat jagung dan berfungsi sebagai ‘bulking agent’ rendah kalori dengan mengandungi 90 peratus serat makanan.

Ia juga mengandungi ekstrak aloe vera yang digunakan sebagai bahan aktif dalam ‘herbal supplements’ dan minuman diet untuk menurunkan berat badan.

Rejanah (tengah) bersama antara pelanggan terawal yang membeli produk baharu Real Beauty, ArbyFitz dan ArbyJello di Kota Kinabalu.

Satu lagi kandungan penting ArbyFitz ialah ekstrak Senna, sejenis herba dalam kumpulan Cassia acutifolia atau Cassia angustifolia yang digunakan untuk merawat sembelit selain untuk sindrom iritasi usus, buasir, dan penurunan berat badan.

Selain itu, ArbyFitz turut mengandungi ekstrak tumbuhan yang mampu menjadi ejen mengawal selera makan iaitu Garcinia Cambogia, sejenis tumbuhan di bawah keluarga Clusiaceae yang antara lain menyimpan asid hidroksisitrik (HCA) iaitu sebatian aktif yang berpotensi untuk pengurusan berat badan dan sebagai agen antiobesiti.

ArbyFitz turut mengandungi ekstrak guarana, iaitu sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan kafein semula
jadi yang mampu meningkatkan fokus dan menjadi perangsang (stimulant), selain mampu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan mood pengguna.

Sementara itu, ArbyJello adalah vitamin C yang mengandungi M-Gard®️ iaitu bioactive beta-1,3/1,6-glucan dan Polisakarida kompleks dalam yis yang berfungsi meningkatkan mekanisme pertahanan badan daripada patogen seperti bakteria, virus, kulat dan parasit, selain mampu meningkatkan imunisasi secara in vitro dan on vivo.

Rejanah berkata, berbanding kebanyakan produk vitamin C lain yang dihasilkan dalam bentuk tablet keras, ArbyJello pula didatangkan dalam bentuk jelly lembut yang disukai kanak-kanak.

Selain M-Gard, produk berkenaan turut mengandungi ekstrak eloe vera, Fibersol-2, ekstrak campuran beri, Pureway C serta campuran vitamin dan mineral.

Penghasilan ArbyFitz dan ArbyJello mengambil masa hampir setahun termasuk penyelidikan dan pembangunan produk sebelum kedua-duanya dikeluarkan dan diedar dalam pasaran.

Kedua-dua produk berkenaan dilancarkan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau, Datuk Wetrom Bahanda di Ibu Pejabat Real Beauty di Iramanis, di sini, malam tadi.

Wetrom dalam ucapannya berkata pengeluaran kedua-dua produk berkenaan memang sesuai ketika masyarakat hari ini berdepan cabaran dalam menjaga pemakanan dan kesihatan diri.

“Kedua-dua produk ini dikhususkan untuk penjagaan kesihatan terutama dalam mengawal berat badan. Kita mahukan kesihatan tetapi gaya hidup kita tidak sihat, jadi ia produk yang baik untuk hidup sihat.

“Paling penting ia menyumbang kepada kesihatan masyarakat kita. Tahniah kepada Real Beauty yang bersungguh-sungguh menghasilkan produk ini. Ia bukan saja untuk keuntungan syarikat tapi juga masyarakat,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri memang mengalu-alukan syarikat Bumiputera tempatan terbabit dalam bidang keusahawanan berasaskan kesihatan, lebih-lebih lagi untuk menghasilkan produk baharu seperti makanan tambahan.

Dalam pada itu, Rejanah berkata Real Beauty memberikan tawaran istimewa sempena pelancaran kedua-dua produk berkenaan dengan harga promosi RM45 sekotak bagi ArbyFitz dan RM30 bagi ArbyJello.

Tawaran bermula malam tadi hingga 30 September ini dengan pembelian boleh dilakukan secara terus daripada syarikat berkenaan melalui laman sosial Real Beauty Sdn Bhd.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|