Real Beauty Miss Kaamatan – Model Produk Arby ganti RB Unduk Ngadau

Real Beauty Miss Kaamatan – Model Produk Arby ganti RB Unduk Ngadau

Kota Kinabalu: Pertandingan Real Beauty (RB) Unduk Ngadau dinamakan semula sebagai Real Beauty Miss Kaamatan – Model Produk Arby.

Ketua Pegawai Eksekutif RB, Rejanah Bahanda ketika mengumumkan perkara itu berkata pertandingan berkenaan bertujuan untuk mencari wajah baharu model produk Arby.

Katanya, penjenamaan semula itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang salah faham mengenai penganjuran pertandingan anjuran syarikat produk kecantikan Real Beauty Sdn Bhd itu.

Beliau berkata, pertukaran nama itu diputuskan selepas menyedari satu kenyataan berkaitan penggunaan gelaran ‘Unduk Ngadau’.

“Real Beauty Unduk Ngadau (RBUN) tidak merujuk kepada kecantikan sebenar (real beauty) Unduk Ngadau tetapi menggunakan nama syarikat kami sendiri iaitu Real Beauty Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Rejanah berkata, beliau akan melaksanakan pertandingan itu secara profesional dengan memfokuskan kepada kostum tradisional, selain penampilan terbaik peserta.

Beliau yang juga pengasas RB, berkata tiada sebarang niat untuk merampas kepentingan Unduk Ngadau dalam pertandingan peringkat negeri.

“Kita menghormati signifikan gelaran berkenaan dan makna yang dibawanya,” katanya.

Jelasnya, peserta Miss Kaamatan- Model Produk Arby dikehendaki memakai kostum tradisional, bercakap dalam bahasa ibunda dan mempunyai pengetahuan mengenai latar belakang tradisi mereka.

Katanya, walaupun pemenang pertandingan itu nanti dijemput untuk program penggambaran berbayar pada masa depan, mereka tidak akan dibabitkan dalam perkara tidak senonoh seperti memakai pakaian yang tidak sesuai.

Acara Miss Kaamatan – Model Produk Arby itu, katanya akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|