Puteri UMNO Sepanggar hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Monggorok

Puteri UMNO Sepanggar hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Monggorok

Kota Kinabalu: Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar hari ini tampil membantu mangsa kebakaran yang terjejas dalam kejadian subuh kelmarin di Kampung Monggorok, Kolombong, dekat sini.

Ketua Puteri UMNO Sabah, Datuk Fadilah Sarbi yang hadir sama menyerahkan bantuan kepada mangsa terbabit turut mengajak orang ramai yang berkemampuan supaya sama-sama membantu mereka yang ditimpa musibah.

Anggota Puteri UMNO Sepanggar tampil membantu mangsa kebakaran Kampung Monggorok, Kolombong.

“Atas dasar kemanusiaan dan persahabatan saya dan rakan kepimpinan Pergerakan Puteri UMNO Sepanggar hadir membantu serba sedikit mangsa kebakaran subuh kelmarin di Kampung Menggorok, Kolombong.

“Seramai 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang dan masih memerlukan bantuan jika rakan-rakan ada kelebihan. Untuk rekod, kebakaran ini telah mengorbankan satu nyawa.

“Kepada mangsa dan keluarga, semoga terus kuat,” katanya ketika meluahkan rasa simpati terhadap keadaan yang menimpa penduduk kampung terbabit.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 4 pagi kelmarin, lebih 20 rumah dilaporkan musnah menyebabkan penduduk tinggal sehelai sepinggang.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|