Ranau: Seramai 15 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) memulakan pendakian untuk memantau gerak kerja MOSAR di Gunung Kinabalu.

Pendakian ini bertujuan memantapkan lagi kerjasama strategik antara JBPM Sabah dan Taman-Taman Sabah (TTS) dalam aspek penyelamatan melalui pewujudan MOSAR.
Pendakian selama dua hari yang bermula hari ini, diketuai Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Farhan Sufyan Borhan bersama Ketua Zon 3 Kudat, Pengusaha Bomba, Sahidih Mahali.

Pendakian ini yang disertai rakan-rakan media bertujuan memberi gambaran jelas kepada umum berhubung pelaksanaan gerak kerja MOSAR.
Turut serta dalam pendakian ini iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan Jabatan Meteorologi Malaysia.
-Deasoka