Covid-19 Sabah: Tujuh pelajar asrama SMK Kundasang positif Covid-19

Covid-19 Sabah: Tujuh pelajar asrama SMK Kundasang positif Covid-19

Kota Kinabalu: Satu lagi kluster institusi pendidikan dilaporkan di Ranau hari ini membabitkan pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata Kluster Jalan Bypass Kologon itu tercetus selepas seorang pelajar asrama perempuan disahkan positif.

“Indeks kes ialah seorang pelajar asrama perempuan SMK Kundasang yang berumur 16 tahun yang mula bergejala pada 17 Januari 2022, kemudian melakukan ujian kendiri dan disahkan positif melalui saringan PCR.

“Saringan ke atas kontak rapat yang melibatkan 70 orang telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan setakat ini enam lagi pelajar rakan sebilik kes indeks didapati positif.

“Kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 dan telah diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai,” katanya dalam kenyataan, petang ini.

Setakat ini, kluster berkenaan mencatat tujuh kes positif Covid-19 termasuk kes indeks dengan lima daripadanya dilaporkan pada hari ini.

Kluster berkenaan adalah yang kelima berkaitan institusi pendidikan yang dilaporkan di seluruh negeri sejak Ahad lalu.

Sementara itu, jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah kembali meningkat 218 kes hari ini, meningkat 42 kes 176 kes semalam.

Masidi berkata, sembilan daerah mencatat kes dua angka hari ini, antaranya Tuaran (37 kes), Kota Kinabalu (34 kes), Sandakan (21 kes), Penampang (19 kes) dan Putatan (17 kes).

“Sebanyak 12 daerah lagi mencatat kes satu angka, manakala enam daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.

Beliau berkata, seramai 215 orang daripada 218 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti tiga orang dalam Kategori 3, manakala tiada pesakit baharu dalam Kategori 4 dan 5.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 22 Januari 2022
Sabah 218 (176)

Tuaran 37 (15)
Kota Kinabalu 34 (41)
Sandakan 21 (12)
Penampang 19 (19)
Putatan 17 (4)
Kota Marudu 13 (11)
Tawau 13 (4)
Papar 12 (15)
Beaufort 10 (13)
Ranau 7 (8)
Tenom 7 (3)
Sipitang 6 (6)
Keningau 6 (4)
Kota Belud 5 (6)
Kuala Penyu 4 (2)
Kunak 2 (0)
Semporna 1 (0)
Tambunan 1 (1)
Telupid 1 (0)
Lahad Datu 1 (5)
Kinabatangan 1 (1)
Beluran 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (2)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kudat 0 (3)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 21 Januari 2022

Kluster Baharu
Kluster Jalan Bypass
Kologon, Ranau 7(+5)
(Kluster Institusi Pendidikan)

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|