Pulau Manukan ditutup sementara untuk kerja sanitasi Sabtu ini

Pulau Manukan ditutup sementara untuk kerja sanitasi Sabtu ini

Kota Kinabalu: Pulau Manukan, Taman Tunku Abdul Rahman, di sini akan ditutup sementara daripada kunjungan orang ramai, Sabtu ini.

Menerusi satu kenyataan, Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Maklarin Lakim, berkata penutupan itu bagi memberi laluan kepada pihak pengurusan untuk melaksanakan kerja sanitasi.

Katanya, langkah pencegahan penularan Covid-19 itu selaras dengan keputusan Jawatankuasa Bencana Covid-19 badan berkenaan.

“Pulau Manukan akan ditutup kepada pelawat pada 19 Februari ini dan dibuka semula pada 20 Februari iaitu hari Ahad.

“Tujuan penutupan itu dibuat adalah bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi kemudahan pelawat yang ada di pulau berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Maklarin berkata, usaha itu bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|