Pemilik 13 motosikal diminta tampil menuntut motosikal masing-masing

Pemilik 13 motosikal diminta tampil menuntut motosikal masing-masing

Kunak: Semua pemilik sah kepada 13 motosikal pelbagai jenis yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak diminta tampil untuk menuntut kenderaan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, semua pemilik berdaftar boleh membuat tuntutan dengan di IPD Kunak.

Katanya, pemilik kenderaan yang ingin boleh melakukan sedemikian dalam tempoh 30 hari dengan membawa salinan kad pendaftaran kenderaan.

“Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pegawai bertugas, Inspektor Riduan Mustapha di talian 010-5122854.

“Semua kenderaan ini tidak pernah dituntut di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Kunak,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|