PRU15: Proses pengundian lancar, tiada insiden buruk berlaku – Polis

PRU15: Proses pengundian lancar, tiada insiden buruk berlaku – Polis

Kota Kinabalu: Proses pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di seluruh Sabah, semalam berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, keadaan terkawal walaupun terdapat kelewatan penghantaran pergi dan balik peti undi ke pusat pengundian disebabkan oleh banjir dan cuaca yang tidak baik dan kesukaran penggunaan helikopter.

Bagaimanapun katanya, semuanya berjaya diatasi dengan baik dan sempurna tanpa insiden yang tidak diingini berlaku.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah merakamkan ucapan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh media, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak secara langsung atau tidak lansung dalam membantu proses PRU-15 berjalan dengan baik dan lancar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, Idris berkata, sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pembuangan undi, PDRM Sabah menerima sebanyak 133 laporan polis dan 40 kertas siasatan dibuka.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|