PRU15: Madius kekal sebagai Ahli Parlimen Tuaran

PRU15: Madius kekal sebagai Ahli Parlimen Tuaran

Tuaran: Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Wilfred Madius Tangau kekal sebagai Ahli Parlimen Tuaran selepas mengalahkan lima calon lain.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berjaya memperolehi 24,943 undi dan menang dengan hanya 233 undi majoriti.

Beliau mengalahkan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai yang memperolehi 24,710 undi.

Dua lago calon bebas iaiti Boby Lewat dan Noortaip Suhaili @ Sualee masing-masing memperolehi 393 dan 2,008 undi.

Manakala calon Parti Warisan, Jo-Anna Sue Henley Rampas pula hanya mampu memperoleh 5,728 undi.

Sementara itu, mengikut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 58,227 orang iaitu bersamaan 70.87 peratus.

Manakala undi yang ditolak pula adalah sebanyak 746 dan 149 kertas undi tidak dikembalikan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|