PRU15: BN berjaya rampas semula kerusi Parlimen Putatan

PRU15: BN berjaya rampas semula kerusi Parlimen Putatan

Putatan: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya berjaya merampas semula kerusi Parlimen Putatan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Shahelmey berjaya meraih majoriti 124 undi selepas memperoleh 16,234 undi, sekali gus menewaskan tiga calon lain.

Penyandang kerusi berkenaan, Awang Husaini Sahari daripada (PH-PKR) berada di tempat kedua dengan 16,110 undi.

Manakala, dua lagi calon, Ahmad Mohd Said (Warisan) dan Poyne B Tudus @ Patrick Payne (PEJUANG) masing-masing menerima 8,511 undi dan 394 undi.

Sementara itu, ketika ditemui media, Shahelmey menyifatkan kemenangan ini sebagai kembalinya kepercayaan rakyat terhadap BN, khususnya dalam mengangkat suara rakyat ke Parlimen.

“Alhamdullilah pada PRU15 ini, BN dapat mengambil kembali kerusi Parlimen Putatan daripada PH, sebab sejak Parlimen Putatan diwujudkan pada 2004 sehinggalah 2014, Putatan sentiasa diwakili oleh BN.

“Justeru itu, kemenangan pada kali ini mengembalikan kepercayaan rakyat untuk BN memimpin Parlimen Putatan dalam menyuarakan suara-suara pengundi ataupun masyarakat Putatan di Parlimen nanti,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|