PRU15: BN menang kerusi terbanyak di Sabah

PRU15: BN menang kerusi terbanyak di Sabah

Kota Kinabalu: Barisan Nasional (BN) Sabah memenangi kerusi terbanyak dengan tujuh daripada 12 kerusi ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

BN Sabah mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Kinabatangan melalui pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, selain Kimanis (Datuk Mohamad Alamin) dan Pensiangan (Datuk Arthur Joseph Kurup).

Parti itu turut merampas kerusi Parlimen Putatan dan Kalabakan daripada Pakatan Harapan (PH) dan WARISAN, masing-masing melalui calonnya, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy.

Selain itu, BN memenangi semula kerusi Parlimen Beaufort yang ditandingi Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching dan kerusi Parlimen Libaran yang ditandingi Ketua Bahagian UMNO Libaran, Datuk Suhaimi Nasir.

BN hanya kalah di lima kerusi iaitu Sepanggar, Kota Belud, Tenom, Beluran dan Lahad Datu.

Berdasarkan jumlah kerusi dimenangi yang lebih tinggi berbanding kerusi yang ia tewas, BN Sabah mencatat pencapaian yang baik berbanding parti lain.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pula hanya memenangi enam daripada 13 kerusi yang ditandingi iaitu di Sipitang, Papar, Ranau, Keningau, Batu Sapi dan Tawau.

Parti itu bagaimanapun tewas di Kudat, Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Sandakan dan Semporna.

Secara keseluruhan kerajaan GRS-BN memenangi 13 daripada 24 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU15, semalam.

Sementara itu, PH memenangi lima kerusi iaitu Penampang, Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran dan Sandakan, diikuti WARISAN tiga kerusi iaitu Semporna, Lahad Datu dan Kota Belud.

Perikatan Nasional (PN) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pula masing-masing memenangi satu kerusi iaitu di Beluran dan Kota Marudu.

Turut memenangi kerusi pada PRU15 ialan calon Bebas, masing-masing di Tenom dan Kudat.

-Deasoka

Share

Written by:

1,496 Posts

View All Posts
Follow Me :
error: Content is protected !!