PRU15: Proses pengundian awal di Kem Lok Kawi bermula

PRU15: Proses pengundian awal di Kem Lok Kawi bermula

Putatan: Proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kem Lok Kawi telah bermula pada jam 8 pagi tadi.

Pusat pengundian awal telah dibuka di Sekolah Agama Rakyat, Kem Lok Kawi dan ia membabitkan anggota-anggota tentera darat bersama pasangan mereka.

Anggota tentera darat bersama pasangan tiba di perkarangan Sekolah Agama Rakyat, Kem Lok Kawi, seawal jam 7.30 pagi, hari ini.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiba di dengan membawa peti undi pada sekitar 6.30 pagi.

Manakala, anggota dan pasangan mereka dilihat mula memenuhi perkarangan pusat pengundian awal seawal jam 7.30 pagi lagi.

Terdapat lima saluran pengundian yang disediakan bagi membantu kelancaran proses pengundian awal yang dijalankan bermula 8 pagi sehingga 5 petang nanti.

Mengetuai proses pengundian itu ialah Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P. 173 Putatan (Pengundian Awal), Mohd Baharun Nor Minduru.

Untuk rekod, Parlimen P. 173 Putatan menyaksikan perlawanan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya; calon Pakatan Harapan – Parti Keadilan Rakyat (PH-PKR), Awang Husaini Sahari; Warisan, Ahmad Mohd Said dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) – Pejuang, Poyne B Tudus @ Patrick Payne.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|