Piala Malaysia: 11,000 tiket sudah terjual

Piala Malaysia: 11,000 tiket sudah terjual

Kota Kinabalu: Tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan Sabah FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok, sudah terjual mencecah lebih 11,000 tiket.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, perlawanan dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam namun penonton digalakkan supaya masuk seawal jam 5.30 petang.

Katanya, ia bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di pintu masuk stadium dengan kehadiran ribuan penyokong yang hadir memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Setakat ini, lebih 11,000 tiket perlawanan sudah terjual dan kita menjangkakan lebih ramai peminat serta penyokong Sabah FC akan hadir pada perlawanan berkenaan.

“Bagaimanapun, kita akan terus memandang serius terhadap pematuhan larangan membawa bendera dan kain rentang berunsurkan politik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shamsuddin berkata, pihaknya juga menekan aspek keselamatan penonton hadir termasuk pencegahan penularan Covid-19

Katanya, penyokong juga digesa supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tidak sesekali membaling botol atau sampah masuk ke dalam kawasan padang.

“Kita sekali lagi mengalakkan penonton yang hadir supaya memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|