PRU15: Cuti khas Jumaat dan Sabtu ini

PRU15: Cuti khas Jumaat dan Sabtu ini

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah turut bersetuju menetapkan 18 November 2022 dan 19 November 2022 ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi negeri Sabah.

Dalam satu kenyataan malam ini, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata penetapan cuti khas itu bagi memudahkan rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan itu menyusul selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi mengumumkan hari kelepasan am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Lebih 1.6 juta rakyat Sabah layak mengundi pada PRU15, Sabtu ini termasuk mereka yang dikategorikan sebagai pengundi awal yang akan menunaikan tanggungjawab masing-masing, esok.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|