PRU15: Politik stabil mampu tarik pelaburan ke Sabah – Shahelmey

PRU15: Politik stabil mampu tarik pelaburan ke Sabah – Shahelmey

Putatan: Kestabilan politik mampu menjadi penyumbang kepada tarikan pelabur untuk melakukan pelaburan di negeri ini.

Calon BN Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sebuah perancangan berkesan memerlukan sebuah institusi yang stabil dan makmur untuk pelaksanaan pelan jangka pendek atau panjang secara dominan.

Shahelmey bersama penduduk setempat dan peniaga di Taman Jumbo dan Sabindo.

Jelasnya, limpahan ekonomi itu perlu dititikberatkan agar rakyat menikmati segala aspek pembangunan semasa, sosio dan juga peningkatan pendapatan seisi keluarga.

“Apabila politik stabil, maka pelabur-pelabur dalam negara dan luar negara mahu melabur ke negeri.

“Kita akan dapat mewujudkan peluangan pekerjaan dan mendapat limpahan ekonomi, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan sesi walkabout bersama penduduk setempat dan peniaga di Pekan Taman Jumbo dan Sabindo, di sini, hari ini.

Katanya, sejajar dengan manifesto BN, aspek pembangunan amat dititikberatkan dalam memastikan ekonomi negara terus berada di landasan tepat.

Mengulas mengenai momentumnya pada tempoh berkempen hari ini, Shahelmey berkata, pihaknya optimis dengan perjalanan kempen dari masyarakat setempat dan dikalangan belia muda mudi.

“Ramai dikalangan masyarakat amat positif dan maklum balas ada yang amat merindui sentuhan BN.

“Meskipun optimis untuk terus memenangi hati pengundi di Putatan, tapi kita jangan sesekali leka dan terus berusaha keras memenangi hati pengundi pada baki tempoh berkempen,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|