PRU15: Peratusan keluar mengundi di Sabah lepasi 60 peratus

PRU15: Peratusan keluar mengundi di Sabah lepasi 60 peratus

Kota Kinabalu: Peratusan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencecah 61.37 peratus.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia merupakan status terkini setakat 6.10 petang tadi.

Jelasnya, peratusan itu bersamaan dengan seramai 1,036,679 pengundi yang telah keluar melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari ini.

Proses pembuangan undi di negeri ini telah dimulakan secara rasmi pada jam 7.30 pagi tadi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|