PRU15: Ewon rampas kubu kuat Warisan

PRU15: Ewon rampas kubu kuat Warisan

Penampang: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berjaya memecahkan kubu kuat Parti Warisan selepas menewaskan Timbalan Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Darell Leiking.

Ewon yang bakal dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), menang dengan majoriti besar 14,410 undi setelah memperolehi 29,066 undi.

Darell yang juga penyandang kerusi berkenaan berada di tempat kedua selepas mempunyai sebanyak 14,656 undi.

Dua lagi calon, Richard Jimmy (Bebas) dan Kenny Chua Teck Ho (GRS) masing-masing menerima 289 dan 6,719 undi.

Sementara itu, kemenangan PH itu sekali gus mengembalikan kerusi Parlimen itu ke pangkuan UPKO selepas jatuh ke tangan Darell pada 2013 yang ketika itu bertanding atas tiket PKR.

Untuk rekod, Darell menewaskan Tan Sri Bernard Dompok yang pada masa itu adalah Presiden UPKO.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|