PRU15: Penganut SDA mohon kebenaran undi awal

PRU15: Penganut SDA mohon kebenaran undi awal

Kota Kinabalu: Penganut Seventh Day Adventist (SDA) di negeri ini memohon supaya diberikan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi awal.

Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, permohonan itu selaras dengan tuntutan agama mereka yang tidak menggalakkan sebarang aktiviti pada hari Sabtu.

Katanya, perkara itu perlu dipertimbangkan selaras dengan Rukun Negara Malaysia iaitu ‘Percaya Kepada Tuhan’.

“Hari pengundian ditetapkan pada 19 November depan yang jatuh pada hari Sabtu. Ini adalah tuntutan agama mereka yang sewajarkan diberikan perhatian dan diberikan kelonggaran.

“Mereka sudah menulis surat kepada SPR untuk dibenarkan mengundi awal pada 15 November depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Sabah, hari ini.

Madius berkata, beliau berharap permohonan berkenaan akan mendapat respon positif bagi memberi ruang kepada penganut agama berkenaan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Katanya, ramai penganut SDA di negeri ini terutamanya daerah seperti Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Marudu, Kudat dan Keningau serta Kota Belud.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|