Helikopter dikhuatiri terhempas di Cameron Highlands

Helikopter dikhuatiri terhempas di Cameron Highlands

Kuala Lumpur: Sebuah helikopter dipercayai dinaiki enam individu termasuk juruterbang hilang dari radar ketika berada di ruang udara sekitar Cameron Highlands, berhampiran sempadan Perak-Pahang, hari ini.

Difahamkan, helikopter milik syarikat swasta itu dikatakan membawa pegawai perubatan termasuk seorang doktor dalam perjalanan dari Ipoh ke Lojing sebelum dilaporkan terhempas sekitar Brinchang.

Pasukan penyelamat berusaha menjejaki lokasi kejadian helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands

Pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat manakala keadaan semua mangsa masih belum dipastikan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut atau rasmi mengenai kejadian itu.

Dalam pada itu, media melaporkan semua penumpang termasuk juruterbang dilaporkan selamat dan pasukan penyelamat berusaha menjejaki lokasi kejadian seterusnya mengeluarkan mereka dari kawasan nahas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan perkara itu, namun status sebenar tahap kecederaan masih belum dikenal pasti.

Beliau turut mengesahkan keadaan cuaca di lokasi berkenaan ketika kejadian adalah buruk.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|