Lelaki perdaya pemilik syarikat ditahan SPRM

Lelaki perdaya pemilik syarikat ditahan SPRM

Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki kerana dipercayai memperdayakan pemilik sebuah syarikat bagi memperoleh satu projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada tahun 2013.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang tadi di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek disyaki telah memperdaya pemilik syarikat terbabit dengan menawarkan kerjasama untuk melaksanakan projek berkenaan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM100,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu, esok untuk pertuduhan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|