PRU15: Lantik TPM wakil Sabah, Sarawak selepas menang – PH Sabah

PRU15: Lantik TPM wakil Sabah, Sarawak selepas menang – PH Sabah

Kota Kinabalu: Majlis Penyelarasan Pentadbiran Negara akan dibentuk untuk merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ketua Biro Polisi DAP Sabah, Chan Foong Hin berkata, badan berkenaan akan dibentuk sebaik saja Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Katanya, selepas itu ia akan disusuli dengan pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada Sabah atau Sarawak yang disifatkan sebagai pakej yang lebih holistik.

“Pakej ini lebih holistik dalam konteks pengurusan peruntukan pembangunan antara tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“TPM akan diberikan kuasa untuk memantau peruntukkan projek persekutuan di Sabah dan Sarawak sekaligus dapat mengurangkan kemungkinan ‘projek sakit’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Sabah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Naib Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedict; Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe dan

Foong Hin berkata, TPM dilantik juga akan memikul tanggungjawab untuk menjaga hak Sabah dan Sarawak bagi memastikan kepentingan rakyat di kedua-dua negeri sentiasa terjaga.

Katanya, sebagai tambahan, ia juga usaha untuk memulihkan hak Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Madius berkata, perjuangan yang dibawa Harapan pada PRU15 kali ini turut membabitkan pemberian 40 peratus hasil di Sabah.

Katanya, ia juga termasuk pelbagai insentif geran dan cukai yang dijangkakan mampu membawa pembangunan lebih baik untuk Negeri Sabah.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|